Friday, March 11, 2011

Susu kambing , kepentingan dalam kehidupan kita



Biasanya, apabila menyebut susu,kita sering membayangkan susu lembu. Sedangkan susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil.Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Hakikatnya , susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tapi berapa peratus kaum muslimin seluruh dunia tahu akan manfaat susu kambing?

Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma,masalah pernafasan,radang telinga,infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membrane mucus di permukaan lapisan perut dari rosak.

Kini, produk susu kambing bukan hanya sekadar berkisar pada susu kambing segar , tetapi terdapat bermacam produk susu kambing termasuk produk-produk untuk kosmetik.

No comments:

Post a Comment