Thursday, March 31, 2011

Penyakit asma , satu pengenalan



Penyakit Asma adalah merupakan penyakit kronik yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas.

Penyakit Asma
paling banyak dijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai tahap pencemaran udara yang tinggi sama ada disebabkan oleh asap kendaraan ataupun debu padang pasir. Sehingga ke saat ini penyebab penyakit asma belum lagi diketahui secara mutlak walapun telah banyak kajian oleh para ahli saintis. Teori atau hypotesis mengenai penyebab penyakit asma masih belum disepakati oleh para ahli saintis dalam dunia perubatan.

Walaubagaimanapun, apa yang dapat disimpulkan ialah para penghidap penyakit asma mempunyai saluran pernafasan mempunyai sifat yang khas iaitu sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga., tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.

No comments:

Post a Comment