Saturday, April 23, 2011

Khasiat susu kambing , minuman sunnah nabi-nabi


Khasiat susu kambing adalah macam-macam ada, jika tidak masakan susu kambing menjadi minuman sunnah nabi-nabi sejak Nabi Adam.
SUSU KAMBING - KEAJAIBAN UNTUK KEBAIKAN KESIHATAN

Khasiat susu kambing yang pertama ialah susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, untuk rawatan ekzema , colic, insomnia dan demam kuning serta sebagai ubat asma . Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi factor anti barah



SUSU KAMBING MUDAH HADAM

Kelebihan susu kambing yang kedua ialah ia mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik


SUSU KAMBING MENGANDUNGI ASID LEMAK YANG BAIK

Khasiat susu kambing yang seterusnya, ia mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Selain dari bentuk susu kambing segar , kini teknologi membolehkan susu kambing diproses ke dalam bentuk serbuk seperti susu kambing hi goat

No comments:

Post a Comment