Sunday, May 1, 2011

Penyakit kulit psoriasis

Penyakit psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap penyakit kulit psoriasis menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit.

Kawasan yang biasa dihidapi penyakit kulit psoriasis adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda penyakit psoriasis

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis penyakit psoriasis

- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
- Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan
- Guttate psoriasis
- Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Komplikasi

Penyakit kulit psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

- Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
- Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Penyakit gastrik satu pengenalan

Penyakit gastrik merupakan antara penyakit yang biasa hadapi oleh masyarakat kita. Post kali memberi sedikit pengenalan mengenai penyakit gastrik,

Tekanan, rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menghasilkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini akan menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik .

Perut merupakan kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging.

Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser. Bagaimanapun pembengkakan permukaan perut boleh juga disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi penyakit gastrik .

Tuesday, April 26, 2011

Khasiat susu kambing , minuman sunnah nabi-nabi part 2


Khasiat susu kambing memang bermacam-macam. Dalam bahagian kedua ini disenaraikan 3 lagi khasiat susu kambing.

SUSU KAMBING TIDAK MEMBENTUK LENDIR

Khasiat susu kambing yang pertama ialah susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia

SUSU KAMBING KAYA DENGAN MINERAL SELENIUM

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

SUSU KAMBING KAYA DENGAN BAHAN BIOORGANIC SODIUM


Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Kepada anda yang ingin mendapat manafaat susu kambing secara mudah, susu kambing hi goat adalah antara pilihan yang tepat.

Saturday, April 23, 2011

Khasiat susu kambing , minuman sunnah nabi-nabi


Khasiat susu kambing adalah macam-macam ada, jika tidak masakan susu kambing menjadi minuman sunnah nabi-nabi sejak Nabi Adam.
SUSU KAMBING - KEAJAIBAN UNTUK KEBAIKAN KESIHATAN

Khasiat susu kambing yang pertama ialah susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, untuk rawatan ekzema , colic, insomnia dan demam kuning serta sebagai ubat asma . Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi factor anti barah



SUSU KAMBING MUDAH HADAM

Kelebihan susu kambing yang kedua ialah ia mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik


SUSU KAMBING MENGANDUNGI ASID LEMAK YANG BAIK

Khasiat susu kambing yang seterusnya, ia mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Selain dari bentuk susu kambing segar , kini teknologi membolehkan susu kambing diproses ke dalam bentuk serbuk seperti susu kambing hi goat

Saturday, April 9, 2011

Susu kambing hi goat tiruan


Di bawah adalah berita mengenai kes susu kambing hi goat tiruan .

SEREMBAN 28 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak menyerbu sebuah premis di Seremban Jaya di sini hari ini kerana disyaki menjual produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT.

Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan turut disertai oleh wakil syarikat HR Marketing Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar produk kesihatan tersebut.

Menurut wakil pengadu, Mohd. Al Bakhtiar Ahmad, dalam serbuan tersebut, sebanyak 40 kotak HIGOAT yang dipercayai tiruan dirampas. Katanya, serbuan berkenaan dijalankan selepas syarikatnya mengesan ada pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk tiruan terbabit. ”Ketika serbuan dilakukan pemilik premis berkenaan mendakwa dia tidak tahu bahawa produk itu adalah tiruan kerana dia mendapatkan bekalan daripada pengedar lain.

”Apabila diperiksa kita dapati produk yang terdapat di premisnya adalah tiruan dan kesemua produk berkenaan dirampas,”jelasnya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini. Beliau menambah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan kehadiran produk tiruan di pasaran sejak beberapa bulan lalu. ”Kita sudah enam bulan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan selepas berjaya mengesan produk tiruan ini, kita membuat aduan kepada KPDNKK.

”Kita bimbang sekiranya produk tiruan ini dibiarkan berleluasa ia boleh memberi kesan kepada pengguna kerana kita tidak tahu apakah kandungan yang mereka gunakan,” ujarnya. Tambahnya, serbuan tersebut turut dilancarkan serentak di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang. Ujarnya, para pengguna minuman kesihatan berkenaan dinasihatkan membeli produk tersebut dengan pengedar dan stokis yang sah bagi mengelak terbeli produk tiruan.

Sumber: Utusan Malaysia


Susu kambing higoat , pilihan ramai.

Testimoni susu kambing higoat - kencing manis



Susu kambing hi goat hr marketing mempunyai pelbagai khasiat untuk kita semua. Antaranya ialah untuk menyembuhkan penyakit kencing manis . Di bawah adalah testimoni susu kambing higoat untuk kencing manis.


NAMA : AISYAH BT OSMAN NO. K/P: 630914-02-5324 UMUR : 45 Tahun ALAMAT: No.B-102, Flat Lama, Simpang Kuala, 05400 Alor Star, KEDAH

Pada mulanya tapak kaki hanya melecet dan mengelembung dan tidak menduga ianya makin melarat dan membengkak sehingga mengganggu pergerakan saya. Keadaan ini berlarutan selama 1 tahun dan tidak juga pulih walaupun setelah membuat pembedahan membuang nanah dilakukan.


Walaupun terasa lengoh2 badan dan sengal2 tulang terutama di bahagian kaki dan betis, saya teruskan meminum Higoat 1 kali sehari sebelum sarapan pagi. Selain itu saya juga menabur serbuk Higoat di bahagian luka itu setiap kali selepas proses mencucinya.


Kesannya begitu ketara sekali – keadaan luka pulih segera, air bisa kekeringan dan kelihatan isi baru mulai tumbuh dan bercantum. Masalah kencing manis saya juga didapati berkesan dimana kandungan gula dalam darah sentiasa dalam kawalan.


Alhamdulillah, bersyukur saya kepada tuhan dan terima kasih banyak2 terutamanya kepada En. Saleem kerana memperkenalkan produk Higoat ini.

Thursday, March 31, 2011

Penyakit asma , satu pengenalan



Penyakit Asma adalah merupakan penyakit kronik yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas.

Penyakit Asma
paling banyak dijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai tahap pencemaran udara yang tinggi sama ada disebabkan oleh asap kendaraan ataupun debu padang pasir. Sehingga ke saat ini penyebab penyakit asma belum lagi diketahui secara mutlak walapun telah banyak kajian oleh para ahli saintis. Teori atau hypotesis mengenai penyebab penyakit asma masih belum disepakati oleh para ahli saintis dalam dunia perubatan.

Walaubagaimanapun, apa yang dapat disimpulkan ialah para penghidap penyakit asma mempunyai saluran pernafasan mempunyai sifat yang khas iaitu sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga., tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.